Ikuti Kami:

“Daringnya!” – Sangat Intim, Peminat Terkejut Lihat Gambar ‘Pre-Wedding’ Thunder & Mimi GUGUDAN

“Daringnya!” – Sangat Intim, Peminat Terkejut Lihat Gambar ‘Pre-Wedding’ Thunder & Mimi GUGUDAN

Gambar terkini pasangan Thunder dan Mimi telah menjadi perbualan ramai.

Baru-baru ini, pasangan selebriti Thunder dan Mimi telah menjadi perbualan ramai selepas video disebalik tabir gambar pra-perkahwinan mereka dikongsi di media sosial.

Di mana, dengan hanya memakai pakaian dalam yang ditutupi dengan jaket, Mimi telah dilihat berpaut pada Thunder yang tidak memakai baju.

Kedua-dua mereka bukan sahaja telah menayang tubuh badan mereka yang sempurna, malah mereka juga turut mempamerkan keserasian mereka sebagai pasangan kekasih yang sudah lama bercinta.

mimi-thunder-pre-wedding

Semasa penggambaran itu dijalankan, pasangan tersebut juga telah dilihat berinteraksi dengan penuh kasih sayang dan keintiman.

Setelah video itu disebarkan, ianya telah mengejutkan ramai peminat yang rata-ratanya memuji keberanian Thunder dan Mimi yang tidak segan untuk mempamerkan hubungan mereka di khalayak ramai.

Ramai juga berharap agar hubungan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Mei ini dapat dicontohi oleh pasangan selebriti yang lain.

Sukanya tengok pasangan ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...