Ikuti Kami:

“Dah Lukakan Hati…” – Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi, Tunang Ryeowook SUJU Tampil Mohon Maaf Pada Peminat

“Dah Lukakan Hati…” – Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi, Tunang Ryeowook SUJU Tampil Mohon Maaf Pada Peminat

Bekas ahli TAHITI yang juga merupakan tunang kepada Ryeo-wook iaitu Ari, telah memuat naik permohonan maaf buat peminat di media sosial.

Pada Mac yang lalu, Ryeo-wook telah mengumumkan perkahwinannya bersama Ari selepas hampir 4 tahun bercinta. Namun, berita itu tidak disambut baik oleh segelintirt netizen di Korea.

Ianya kerana bekas penyanyi idola wanita itu sebelum ini pernah terkait dalam beberapa kontroversi dan mempamerkan imej buruk terhadap peminat SUPER JUNIOR.

Disebabkan itu, Ari telah memuat naik permohonan maaf di akaun Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ari_sun0)

Dia berkata,

Saya sekarang sedang membuat perancangan untuk membina keluarga bersama dengan seorang lelaki yang dah lama ada bersama saya. Jadi, kami nak berterima kasih dekat semua yang menyokong dan memahami keputusan kami untuk berumah tangga.

Tambahnya,

Kami juga ingin memohon maaf jika keputusan kami ini telah melukakan hati sesiapa. Saya janji akan cuba yang terbaik untuk melindungi dan hidup bahagia bersama keluarga saya.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...