Ikuti Kami:

Cium Jin BTS, 2 Peminat Ini Telah Dilaporkan Ke Pihak Polis Atas Dakwaan Keganasan S*ksual

Cium Jin BTS, 2 Peminat Ini Telah Dilaporkan Ke Pihak Polis Atas Dakwaan Keganasan S*ksual

Baru-baru ini, Jin BTS telah mengadakan acara ‘Jin’s Greetings’, untuk meluangkan waktu bersama peminat selepas selesai berkhidmat dalam tentera.

Salah satu aktiviti di acara itu adalah peminat yang hadir turut berpeluang untuk memeluk Jin namun, lain pula jadinya apabila ada beberapa peminat yang melampaui batas dan cuba mencium lelaki itu.

Terbaru menurut laporan, Balai Polis Seoul Hongpa mengesahkan bahawa mereka telah menerima aduan mengenai pelanggaran Akta Hukuman Keganasan Seksual, melibatkan 2 peminat yang mencium Jin di acara tersebut.

jin bts

Seorang pegawai polis menyatakan,

Kami menerima aduan melalui Sistem Petisyen Kebangsaan, tetapi kami belum menerima aduan rasmi dan belum menjumpai suspek lagi. Kami akan menyemak sama ada akan meneruskan siasatan rasmi berdasarkan butiran aduan.

Haa kan tak pasal-pasal..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...