Ikuti Kami:

“Buruknya” – Ahn Jaehyun Tampil Dengan Rambut Blonde & Subang Telinga, Terima Kutukan Netizen

“Buruknya” – Ahn Jaehyun Tampil Dengan Rambut Blonde & Subang Telinga, Terima Kutukan Netizen

Rasanya ramai mengetahui bahawa pelakon Ahn Jaehyun kini sedang sibuk dengan drama “People With Flaws” yang sedang ditayangkan di saluran MBC. Meskipun sedang melalui proses penceraian bersama isterinya iaitu pelakon Gu Hyesun, lelaki itu kelihatan tabah melalui hari-hari bujangnya.

Rasanya drama “People With Flaws” pun sudah menamatkan penggambarannya tak lama dulu. Jadinya, para pelakon sudah tidak berapa terikat dengan watak yang dibawa oleh mereka dalam drama tersebut. Sering tampil dengan imej sopan dan maskulin, Ahn Jaehyun membuat kejutan apabila dia memuat naik gambar stail rambutnya yang baru di mana dia telah mewarnakannya blonde! Lagi pula, dia dilihat telah tampil dengan subang telinga yang tak pernah langsung digayakannya sebelum ini.

ahn jaehyun warna rambut blonde

Instagram Ahn Jaehyun

Rambut blondenya itu turut mendapat pujian segelintir peminat dan mereka mengatakan bahawa dia tetap kelihatan kacak walaupun mengubah penampilannya secara drastik.

“Ahn Jaehyun, awak nampak kacak dengan rambut blonde. Semoga bergembira~”

“Kacaknya!”

“Ah Jaehyun tampan!! Bersemangat.”

Namun begitu, ramai juga yang menyelar penampilan barunya ini kerana dikatakan tidak sesuai langsung dengannya. Ada yang siap cakap bahawa dia seperti kebudak-budakan kerana menukar warna rambutnya.

“Tak elok.”

“Dia kelihatan seperti penyangak yang kurus.”

“Minta maaf tetapi ianya kelihatan murah.”

Sumber: Naver News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...