“Buat Malu Malaysia” – Dek Nama ‘B*bi’, Netizen Penuhi Komen Penari Korea Dengan Lawak Tak Sensitif

rakyat malaysia ejek nama babi

Disebabkan banyak bahasa di dunia ini, maka tak peliklah kalau ada beberapa perkataan yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama meskipun membawa maksud yang berlainan. Contohnya ‘oppa’ dalam bahasa Korea bermaksud ‘abang’ tetapi dalam bahasa Melayu ‘opah’ bermaksud nenek. Kagum kan?

Walaubagaimanapun dek persamaan ejaan satu perkataan yang agak sensitif bagi rakyat Malaysia ini telah menimbulkan rasa kurang senang seorang penari yang berasal daripada Korea. Menggunakan nama pentas ‘Babi’, seorang gadis yang aktif dalam kumpulan tarian bernama ‘Fly With Me’ telah menerima ratusan komen daripada orang Malaysia yang mentertawakan namanya itu. Jahatnya!

rakyat malaysia ejek nama babi

Rasa admin, ‘Babi’ itu diambil daripada patung ‘Barbie’ yang mempunyai ejaan yang sama iaitu 바비 kalau ditulis dalam Hangul (huruf Korea). Tapi tak sangka ada yang tidak matang dan mempermainkan nama gadis tersebut.

rakyat malaysia ejek nama babi

Mungkin terlampau tertekan dengan gurauan melampau sesetengah rakyat Malaysia, penari itu telah memuat naik entri meluahkan perasaan marahnya dengan kandungan komen mereka yang tidak sensitif itu.

babi fly with me

Katanya, dia tidak faham bagaimana segelintir rakyat Malaysia boleh mentertawakan dirinya hanya kerana namanya yang berbaur kata cacian itu. Bahkan gadis ini sepertinya merajuk dan tidak mahu ambil tahu langsung mengenai negara ini.

Malahan ahli ‘Fly With Me’ itu mengugut akan melapor dan menyekat akaun pengguna Instagram yang berterusan menganggunya selepas ini. Marah betul ni!

Rata-rata netizen Malaysia yang lain meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah daripada individu yang mengganggu gadis tersebut dek namanya. Perkara itu nyata membawa imej buruk kepada negara ini. Padah nak melawak kan!

rakyat malaysia ejek nama babi rakyat malaysia ejek nama babi rakyat malaysia ejek nama babi rakyat malaysia ejek nama babi rakyat malaysia ejek nama babi

Melawak tak kena tempat!

Leave a Reply