Lupakan Romantik, Lee Dongwook Kembali Dengan Watak Menyeramkan Dalam ‘Hell Is Other People’!

lee dongwook hell is other people

Drama Korea sememangnya sinonim dengan babak romantik seperti hero payungkan heroin dengan jaket panjangnya sewaktu hujan, hero tarik heroin ke dalam dakapan apabila dia hampir dilanggar oleh kenderaan yang lalu, dan macam-macam lagilah. Tapi drama Korea sekarang dah tak macam dulu tau, kini mereka dah keluarkan lebih banyak drama berkosep ngeri dan ‘thriller’.

Mesti kenal Lee Dongwook kan? Antara pelakon lelaki yang kacak di Korea dan sering menjadi dambaan bukan sahaja gadis-gadis bahkan geng mak cik peminat K-Drama. Antara drama popular lakonannya ialah My Girl, Goblin, Touch Your Heart dan banyak lagi.

Dah terbiasa melihat lakonannya yang sweet dan membuai perasaan, tiba-tiba dia kini muncul dengan drama ngeri bertajuk ‘Hell Is Other People’ yang ditayangkan menerusi saluran OCN. Hilang habis watak romantik yang selama ini dibawanya!

lee dongwook

Drama ini berkisar tentang seorang lelaki 20-an (Im Siwan) yang berpindah ke Seoul untuk mencari pekerjaan telah menduduki sebuah asrama yang tidak menyenangkan. Hal ini kerana, semua penduduk asrama itu adalah misteri dan sangat menyeramkan.

im siwan hell is other people

Watak lakonan Lee Dongwook diberi nama Seo Moonjo, merupakan seorang doktor pergigian yang disenangi oleh orang sekeliling tetapi sebenarnya mempunyai sisi lain yang jahat.

Antara babak yang menyeramkan dalam drama ini ialah apabila Lee Dongwook kelihatan memakan daging mentah yang kelihatan seperti daging manusia. Penonton rata-ratanya memang terkejut gila sampaikan pihak produksi terpaksa tampil dan jelaskan bahawa daging itu bukanlah daging manusia. Bertambah seram apabila dia memberikan senyuman yang menakutkan pada akhir babak itu. Nampak real betul!

lee dongwook

Selain itu babak watak Lee Dongwook yang menarik keluar gigi daripada salah seorang mangsanya. Memang ngeri kerana lelaki itu dipenuhi dengan darah!

lee dongwook

Memang lain habis watak yang dibawa oleh Lee Dongwook kali ini. Kepada sesiapa yang penat tengok drama romantik, bolehlah cuba tonton drama thriller ini. Ditayangkan pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 10.30 malam waktu Korea. Jangan terlepas untuk saksikan drama ini.

Sumber: Koreaboo

Leave a Reply