Ikuti Kami:

Blackpink Rampas Takhta One Direction Sebagai Kumpulan Muzik Dengan Subscribers Terbanyak Di Youtube!

Blackpink Rampas Takhta One Direction Sebagai Kumpulan Muzik Dengan Subscribers Terbanyak Di Youtube!

Bintang sensasi K-Pop, Blackpink seperti tidak padam api populariti mereka. Semakin hari, semakin marak api kumpulan itu dengan penambahan peminat baru yang jatuh hati dengan pesona mereka. Berbekalkan persembahan yang berkarisma serta personaliti ahli kumpulan itu sendiri, mereka berjaya menarik perhatian peminat tempatan dan juga seluruh dunia.

Kerana populariti kumpulan wanita itu, bukan sahaja peminat yang bertambah saban hari bahkan anugerah dan rekod yang dicipta oleh mereka turut meningkat! Sebelum ini mereka pernah dianugerahkan sebagai kumpulan wanita K-pop yang mempunyai langgan (subscriber) Youtube paling ramai iaitu seramai 9.3 juta langganan.

Namun begitu, BLINK tidak main-main dan berjaya memecahkan lagi satu rekod di Youtube. Setelah setahun rekod itu tercipta, Blackpink berjaya menggandakan langgan mereka sehingga mencecah 29.9 juta pada ketika ini. Lebih mengejutkan apabila mereka berjaya merampas takhta ‘Kumpulan Muzik Dengan Paling Banyak Langgan’ tersebut yang dipegang oleh One Direction sebelum ini.

blackpink youtube langganan
one direction youtube langganan

Selain itu, kumpulan yang terdiri daripada 4 gadis itu turut memegang rekod sebagai kumpulan K-Pop yang mempunyai paling banyak langgan di laman media sosial itu.

Kini, Blackpink hanya berada di belakang Justin Bieber, Ed Sheeran, Eminem, Marshmello, Ariana Grande, Taylor Swift, Katy Perry, dan Rihanna sebagai saluran muzik yang  mempunyai langganan terbanyak!

Syabas diucapkan kepada Blackpink di atas pencapaian ini! Semoga berterusan mencipta sejarah dan nama di seluruh pelosok dunia. GIRL POWER!

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...