Ikuti Kami:

“Bibir Saya Bengkak..” – Tiffany Ulas Babak Ciuman Agresif Bersama Byun Yohan Dalam ‘Uncle Samsik’

“Bibir Saya Bengkak..” – Tiffany Ulas Babak Ciuman Agresif Bersama Byun Yohan Dalam ‘Uncle Samsik’

Korang dah habis layan ke drama “Uncle Samsik”?

Terbaru, Tiffany Young telah terlibat dalam satu temu bual selepas tamat dramanya iaitu “Uncle Samsik”. Bagi yang belum tahu, Tiffany memainkan watak sebagai Rachel Jung dalam drama ini, iaitu pengarah Yayasan Albright yang mengimpikan projek pembinaan semula negara di Korea dan akhirnya bertemu dengan Kim San (Byun Yo-han).

Ketika sesi temu bual, ahli Girls’ Generation itu bercakap tentang babak intimnya bersama Byun Yo-han di mana watak mereka perlu berciuman. Kata Tiffany,

Ini adalah adegan ciuman pertama saya dan ia menyeronokkan kerana sangat sengit dan ‘panas’.

byun yohan tiffany

Kongsinya lagi sambil ketawa,

Ia bukan sekadar adegan ciuman tetapi boleh dikatakan seperti adegan aksi. Janggut Byun Yo-han membuatkan muka saya bengkak. Kami terpaksa merakam banyak kali dengan nafas yang berbeza jadi bibir saya agak bengkak. Ia terasa seperti merakam babak tarian atau aksi.

Sementara itu, “Uncle Samsik” telah pun melabuhkan tirainya selepas 16 episod ditayangkan.

Amboi Tiffany!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...