Selepas 16 episod, drama “Queen of Tears” telah pun melabuhkan tirainya.
Terbaru, Kim Ji-won telah terlibat dalam satu sesi temu bual, bagi menceritakan sedikit sebanyak tentang dramanya “Queen of Tears” yang baru sahaja tamat.
Ketika sesi temu bual, wanita itu berkongsi reaksi yang diterimanya dari orang sekeliling ketika menonton drama itu,
Saya rasa ia sangat kelakar kerana saya menerima banyak mesej ugutan dari orang sekeliling saya yang mengatakan seperti ‘Sila beritahu sama ada ia pengakhiran yang menggembirakan atau menyedihkan’ dan ‘Apa yang awak lakukan jika awak tak mengawal Queens lagi?’.
Kemudian mengenai adegan yang paling dia ingati, Kim Ji-won menjawab,
Ketika permulaan episod 11. Saya rasa episod 11 adalah episod yang membuatkan saya menangis. Dalam babak di mana keluarga mengetahui Hae-in sakit, tiada pelakon lain di situ. Tetapi, mereka sedih bersama-sama di sisi lain kamera jadi saya dapat fokus dan berlakon. Saya masih ingat saya secara automatik mengeluarkan banyak air mata, terima kasih kepada senior saya.
Rindu la nak tengok Hong Hae-in lepas ni!