Ikuti Kami:

Berbeza Plot, ‘Dinner Mate’ & ‘My Unfamiliar Family’ Bersaing Rapat Bagi Tempat Pertama Slot Tayangan Isnin-Selasa

Berbeza Plot, ‘Dinner Mate’ & ‘My Unfamiliar Family’ Bersaing Rapat Bagi Tempat Pertama Slot Tayangan Isnin-Selasa

K-Drama sememangnya menawarkan pelbagai genre yang berbeza kepada penonton setia mereka. Bahkan drama yang ditayangkan dalam slot tayangan yang sama namun daripada saluran televisyen yang berbeza pun turut menyajikan plot yang lain daripada satu sama lain.

Contoh paling mudah ialah drama “Dinner Mate” di saluran MBC dan juga “My Unfamiliar Family” di saluran tvN. Kedua-dua drama ini membawa tema yang berlainan iaitu percintaan dan juga kekeluargaan. Nampak tak perbezaannya?

Sinopsis “Dinner Mate”

Woo Do-hee (Seo Ji-hye) kini sudah tidak punyai perasaan selepas kisah cintanya yang gagal pada masa lepas. Manakala Kim Hae-kyung (Song Seung-hun) pula ialah seorang pakar psikiatri dan ahli psikologi makanan yang mengkaji seseorang itu dengan melihat tindak-tanduk mereka ketika menjamah makanan. Lelaki itu juga menggunakan teknik rawatan menerusi makanan bagi menyembuhkan pesakitnya. Meskipun dia seorang yang sangat lembut dengan pesakit tetapi dia sangat tegas apabila mengkritik makanan.

episod pertama dinner mate

Sinopsis “My Unfamiliar Family”

Drama ini membawa penonton menelusuri hubungan rumit di antara keluarga dan rakan-rakan. Kim Eun-hee (Han Ye-ri) merupakan anak kedua yang mempunyai hubungan asing dengan setiap ahli keluarganya. Oleh sebab itu, dia lebih senang menceritakan segala masalah kepada rakan baiknya yang sudah dianggap seperti abang sendiri iaitu Park Chan-hyuk (Kim Ji-seok). Naskhah ini memberi penekanan kepada realiti keluarga moden kini yang kian menjauh antara satu sama lain apabila semakin meningkat tua.

tvn my unfamiliar family

Rating hampir sama

Sama hebat! Kedua-dua “My Unfamiliar Family” dan “Dinner Mate” kini sedang bertarung untuk merebut tempat pertama bagi slot tayangan Isnin-Selasa. Meskipun pun pada awalnya, drama lakonan Song Seung-hun dan Seo Ji-hye itu mendahului pertandingan ini tetapi drama kekeluargaan tersebut mula mengorak langkah dengan rating yang kian meningkat pada saban episod.

Kedua-dua naskhah ini kini memiliki rating di antara 3% ke 5% pada setiap episod. Walaupun drama “Dinner Mate” masih lagi kekal di tangga pertama dengan rating 4.8% pada episod terbaru ini tetapi “My Unfamiliar Family” mengikuti rapat dengan catatan 4.4%.

my unfamiliar family

Pencapaian “My Unfamiliar Family” ini sangat membanggakan memandangkan drama tersebut ditayangkan di saluran berbayar di mana jumlah penonton yang melanggannya adalah kurang berbanding dengan “Dinner Mate” yang ditayangkan di saluran awam.

Saksikan persaingan sihat di antara dua drama hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...