Belum Habis ‘Crash Landing On You’, Seo Jihye Bakal Bergandingan Dengan Song Seungheon Dalam Drama Baru!

seo jihye dan song seungheon shall we eat together?

Sejak drama “Crash Landing On You” kian popular dalam kalangan peminat K-Drama, nama-nama pelakon yang mengemudi naskhah tersebut turut ‘meletup’ sama! Meskipun ramai yang dah kenal dengan Hyunbin dan Son Yejin tapi nama pelakon pembantu iaitu Seo Jihye dan Kim Junghyun kini mula meniti di bibir ramai orang.

Disebabkan populariti naskhah melodrama ini, ramai pengarah dan produser yang dah beratur nak rebut kedua-dua pelakon ini sebagai bunga baru dalam projek mereka. Belum lagi “Crash Landing On You” habis ditayangkan, Seo Jihye sudah pun memberikan pengesahan bahawa dia bakal menjadi heroin dalam drama baru bertajuk “Shall We Eat Dinner Together?” tak lama nanti. Lagi menyeronokkan kerana dia bakal bergandingan dengan pelakon lelaki ‘hot’ iaitu Song Seungheon!

seo jihye shall we eat together?

Drama romantik ini diambil daripada sebuah webtoon dnegan tajuk yang sama di mana ia akan membawa penonton melalui kisah seorang lelaki dan wanita yang bencikan cinta kerana pengalaman lepas yang menyakitkan. Apabila mula makan malam bersama, kedua individu ini berjaya memulihkan perasaan dan mula mengenali cinta menerusi makanan.

Seo Jihye bakal membawa watak Woo Dohee yang sudah tidak punyai perasaan selepas kisah cintanya yang gagal pada masa lepas. Manakala Song Seungheon pula akan memainkan watak Kim Haekyung iaitu seorang pakar psikiatri dan ahli psikologi makanan yang mengkaji seseorang itu dengan melihat tindak-tanduk mereka ketika menjamah makanan. Lelaki itu juga menggunakan teknik rawatan menerusi makanan bagi menyembuhkan pesakitnya. Meskipun dia seorang yang sangat lembut dengan pesakit tetapi dia sangat tegas apabila mengkritik makanan.

sog seungheon shall we eat together?

Bukan sahaja Seo Jihye dan Song Seungheon yang akan berlakon dalam “Shall We Eat Dinner Together?” tetapi dengar cerita, Son Naeun daripada kumpulan Apink dan Lee Jihonnvjuga sedang menimbal balik tawaran untuk berlakon dalam naskhah ini.

Akhirnya Seo Jihye dapat juga jadi heroin selepas selalu sangat berlakon jadi wwtak kedua terpenting!

Sumber: Soompi

Leave a Reply