Baru Berusia 25 Tahun, Pelakon Go Soojung Meninggal Kerana Tumor Otak

go soojung meninggal kerana tumor otak

Semalam dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon baru iaitu Go Soojung. Baru sahaja berusia 25 tahun, tetapi gadis ini tidak dapat terus membina namanya dalam industri lakonan kerana insiden sedih ini.

Kepada yang tidak tahu, gadis ini telah melakukan kemunculan pertama sebagai pelakon sampingan menerusi drama “Goblin” pada tahun 2016 dan diikuti dengan “Solomon Perjury” pada tahun yang sama. Mendiang juga pernah muncul dalam video promosi Seoul bersama kumpulan BTS iaitu “With Seoul”.

go soojung meninggal

Walaupun tidak mendedahkan punca kematiannya yang sebenar semasa pengumuman awal tetapi kini sebuah outlet media iaitu OSEN telah mendedahkan alasan sebenar. Berdasarkan berita daripada orang terdekat dengan Go Soojung, kesihatannya kian merosot sejak sebulan yang lepas.

Menerusi artikel yang diriliskan kelmarin mengenai kematian gadis itu, ada beberapa komen yang mengatakan bahawa dia meninggal kerana tumor otak. Selepas menanyakan hal tersebut kepada sumber yang rapat dengan mendiang semasa hayatnya, dia mengiakan tebakan itu. Jadinya, memang benar Go Soojung pergi kerana penyakit tersebut.

go soojung meninggalUpacara pengebumian mendiang dijalankan secara tertutup atas permintaan keluarga dan semuanya sudah selamat berlangsung pada 9 Februari lepas. Kebanyakan netizen melahirkan rasa sedih kerana gadis yang baru berusia 25 tahun ini telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya kerana sakit teruk. Belum lagi dapat menikmati kehidupannya sebagai pelakon, tetapi dia kini sudah tiada lagi.

Salam takziah sekali lagi.

Sumber: OSEN

Leave a Reply