Ikuti Kami:

“Bahaya Untuk Kesihatan..” – Kongsi ‘Tips’ Diet, Rutin Pemakanan Mijoo Dikritik Ramai

“Bahaya Untuk Kesihatan..” – Kongsi ‘Tips’ Diet, Rutin Pemakanan Mijoo Dikritik Ramai

Rutin pemakanan Mi-joo telah menjadi bualan netizen.

Dalam episod terkini “Hangout With Yoo”, Mi-joo telah berkongsi rutin pemakanannya semasa diet.

Tidak bersarapan pada waktu pagi, penyanyi wanita itu mendedahkan bahawa dirinya hanya makan sehari sekali sahaja.

Katanya,

Saya bangun tidur dan tidak akan makan apa-apa sehingga jam 4 petang. Saya hanya akan minum air dan makan salad saja pada jam 5 petang, setiap hari.

Selepas episod itu ditayangkan, rata-rata netizen telah meluahkan kerisauan mereka terhadap rutin pemakanan Mi-joo. Malah, mereka juga menyatakan bahawa rutin tersebut boleh membahayakan kesihatan.

mijoo-diet

Komen netizen,

  • Bahayanya rutin pemakanan dia..
  • Saya harap tiada siapa yang akan ikut rutin Mi-joo..
  • Macam mana perkara ini boleh lepas untuk dikongsi di kaca TV?
  • Macam mana awak boleh hidup dengan makan salad sahaja?
  • Rutin ini bahaya untuk kesihatan awak!

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   PannChoa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...