Ikuti Kami:

“Awak Kena Realistik..” – Masih Mencari, Ji Sukjin Dedah Sebab Song Jihyo Belum Ada Teman Lelaki

“Awak Kena Realistik..” – Masih Mencari, Ji Sukjin Dedah Sebab Song Jihyo Belum Ada Teman Lelaki

Sudah pun berusia 42 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Song Ji-hyo akan menamatkan zaman bujangnya kan?

Terbaru, Song Ji-hyo telah muncul sebagai tetamu dalam program YouTube Ji Suk-jin di mana dalam siaran itu, wanita tersebut ada mengaku bahawa dia susah untuk teka sekiranya seseorang itu mempunyai perasaan kepadanya,

Awak kena cakap kalau awak suka saya. Barulah saya tahu, awak lakukan semua ini sebab awak suka saya. Saya hanya akan sedar kalau awak beritahu saya dengan jelas.

Soal Ji Suk-jin,

Contohlah kalau satu hari nanti ada lelaki yang awak kenal suruh awak turun sebab dia ada lalu kat depan rumah awak. Awak akan turun tak?

Jawab Song Ji-hyo selamba,

Saya tak akan turun. Teruskan je lah perjalanan awak.

song jihyo ji sukjin

Respon Ji Suk-jin terhibur,

Sebab ni lah awak tiada teman lelaki. Untuk apa dia fikirkan awak semasa dia lalu di depan rumah awak? Dia tak akan fikirkan awak kalau dia tak berminat dengan awak. Awak kena bersikap realistik.

Balas wanita itu kembali,

Yeke? Saya tengah fikir balik tentang hidup saya sekarang. Pernah ke saya buat macam tu?

Siapa yang suka Song Ji-hyo tu, kena terus jujur je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...