Kalau dah “Running Man”, pasti akan ada sesi usik-mengusik antara satu sama lain kan?
Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli tanpa tetamu telah menjalani episod mencari restoran tersedap dengan misi ‘Running No Marble’.
Untuk melayakkan mereka mendapat makanan, setiap ahli perlu menghubungi kenalan mereka dan menjerit ayat yang telah ditetapkan sebelum terus mematikan panggilan. Sekiranya kenalan mereka menghubungi kembali, maknanya mereka gagal dalam misi berkenaan.
Ahli seperti Kim Jong-kook telah menghubungi ibunya, Haha pula menghubungi Kim Jong-min, Yang Se-chan menghubungi Heo Kyung-hwan manakala Yoo Jae-suk menghubungi Lee Kwang-soo. Dalam ramai-ramai, Song Ji-hyo sahaja menghadapi kesukaran kerana kesemua calon seperti Shin Ha-kyun, adiknya, ibunya tidak mengangkat panggilan. Katanya sedih,
Kenapa semua orang tak nak angkat panggilan saya?
Usik Kim Jong-kook,
Awak patut muhasabah balik hubungan sosial awak dengan orang sekeliling.
Jawab wanita itu dengan suara perlahan,
Bukan macam tu, saya tak hidup seteruk itu.
Tak lama kemudian, Song Ji-hyo berjaya melepasi misi itu selepas menghubungi ayahnya sendiri.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.