Ikuti Kami:

“Awak Beli Bangunan Tu Guna Duit Kami..” – Akui Kecewa, Tiffany SNSD Dedah Layanan ‘Buruk’ SM

“Awak Beli Bangunan Tu Guna Duit Kami..” – Akui Kecewa, Tiffany SNSD Dedah Layanan ‘Buruk’ SM

Tiffany telah mengecam SM Entertainment kerana menyuruhnya untuk membayar yuran tempat letak kereta dan kopi selepas dia meninggalkan syarikat itu.

Dalam episod terkini “Radio Star”, Tiffany telah mendedahkan layanan yang diberikan oleh SM Entertainment terhadapnya. Malah, ahli GIRLS’ GENERATION itu juga turut meluahkan kekecewaannya terhadap syarikat tersebut.

Katanya,

Sekarang ni SM dah tak beri perhatian yang cukup pada SNSD. Saya tinggalkan syarikat itu masa ulang tahun ke-10 kami, tapi saya banyak kali juga datang ke situ untuk urusan kumpulan.

Tambahnya,

Masa saya datang ke bangunan baru mereka untuk berlatih dengan ahli yang lain, saya terkejut bila disoal siasat oleh pengawal masa saya nak memasuki bangunan itu. Mereka juga minta kad pengenalan saya dan suruh saya bayar duit parking sendiri.

tiffany-radio-star

Sambungnya lagi,

Saya dah bersama SM untuk 13 tahun tapi bila saya minta kopi, mereka suruh saya bayar. SM awak sedar tak yang awak beli bangunan tersebut guna duit hasil kerja keras saya dan ahli SNSD yang lain?

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...