Ikuti Kami:

“Akhirnya..” – 7 Tahun Berlalu, Peminat Terharu Lihat Reunion EXO Di Konsert Solo Lay

“Akhirnya..” – 7 Tahun Berlalu, Peminat Terharu Lihat Reunion EXO Di Konsert Solo Lay

Se-hun. Xiumin dan Chan-yeol EXO telah memberikan sokongan kepada Lay di konsert solonya.

22 Jun yang lalu, Lay telah mengadakan konsert jelajah solonya “GRANDLINE 4” di Seoul, Korea. Di mana, konsert itu telah dihadiri oleh ribuan peminat dari dalam serta luar Korea.

Malah, konsert tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang ahli EXO iaitu Se-hun, Chan-yeol dan Xiumin.

Perkara ini sekaligus telah menterujakan peminat terutamanya kerana ini merupakan pertemuan semula kesemua ahli-ahli EXO buat kali pertama selepas hampir 7 tahun.

Peminat turut berharap agar interaksi ini akan berkekalan dan Lay akan turut serta dalam kemunculan semula EXO pada musim sejuk ini.

Terlebih dahulu, disebabkan kerjaya solonya di China, Lay jarang terlibat dalam aktiviti EXO termasuk kemunculan semula mereka.

Kali terakhir dia dilihat melakukan persembahan bersama EXO ialah pada tahun 2017 yang lalu. Malah, kemunculannya dalam lagu “Don’t Fight The Feeling” pada tahun 2021 juga hanya dilakukan dengan menggunakan skrin hijau.

Dah lama tak nampak interaksi Lay dengan ahli EXO yang lain kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...