Ikuti Kami:

“Ada Yang Baling Hadiah” – Teruk Diserbu Peminat Di Airport, Jisoo BP Tampil Bersuara

“Ada Yang Baling Hadiah” – Teruk Diserbu Peminat Di Airport, Jisoo BP Tampil Bersuara

Susah betul kan nak layan peminat yang melampaui batas ni..

Terbaru pada 27 Jun, Ji-soo BLACKPINK telah tiba di Lapangan Terbang Incheon, selepas selesai menghadiri pertunjukan fesyen untuk jenama Dior yang berlangsung di Paris.

Setibanya wanita itu di lapangan terbang, kepulangannya terus disambut meriah sehinggakan peminat terus mengelilingi dan menyeburnya, membuatkan Ji-soo sendiri sukar untuk berjalan.

Apa yang lebih merisaukan, ada juga beberapa peminat yang melampaui batas dan membaling hadiah ke arah Ji-soo, serta langsung tidak memberi ruang buat wanita itu.

Tidak lama kemudian, penyanyi “Flower” itu terus menyapa peminat menerusi siaran langsung di laman Bubble dan memberitahu,

Keadaan di airport sangat bahaya hari ini dan ada juga hadiah yang dilemparkan kepada saya jadi, saya harus berhati-hati.

Sambungnya lagi dengan meluahkan,

Saya tak tahu macam mana orang tahu tentang maklumat penerbangan saya tetapi ramai sangat orang muncul tadi.

Dengan ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa Ji-soo sepertinya memberi teguran buat peminat dan berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Penyabar betul Ji-soo ni, dia masih boleh senyum tau.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...