Ikuti Kami:

“Ada Kaitan Dengan ‘Burning Sun’?..” – Wasiat Goo Hara Hilang?

“Ada Kaitan Dengan ‘Burning Sun’?..” – Wasiat Goo Hara Hilang?

Masih ada lagi perkara misteri yang terpalit dalam kes kematian Goo Ha-ra..

Terbaru, program “I Want To Know That” telah memaparkan siasatan mendalam mengenai pencuri yang dilihat memasuki rumah mendiang selepas kematiannya.

Malah mereka sempat menemubual abang Goo Ha-ra iaitu Goo Ho-in dan dia mendedahkan apa yang terdapat dalam peti keselamatan adiknya,

Ada surat-surat yang ditukar dengan orang lain, kontrak, dokumen pengiraan daripada agensi, sijil hak milik rumah, dan lima hingga enam telefon bimbit.

goo hara robber

Jelasnya, dia mengeluarkan semua barang penting dalam simpanan itu semasa mengemasnya. Ini bermakna, pencuri yang mungkin cuba menggeledah barang tersimpan itu hanya menjumpai peti kosong.

Goo Ho-in mengakui bahawa dia membuka peti keselamatan itu pada awalnya untuk mencari surat wasiat mendiang kerana pembantu rumah yang sudah bekerja lama di kediaman itu memberitahu Goo Ha-ra ada menyimpan surat itu sebagai persediaan untuk segala kemungkinan.

Pun begitu, abangnya mengakui bahawa dia tidak menemui sebarang surat wasiat yang dimaksudkan sehingga ke hari ini.

goo hoin goo hara

Episod ini dirakam bagi merungkai kemungkinan pencuri tersebut memasuki rumah Goo Ha-ra bagi mencari bukti mengenai ‘Burning Sun’. Ini kerana dalam dokumentari BBC baru-baru ini, kes berkenaan kembali menjadi sorotan dan mendiang didedahkan sebagai kunci utama yang membongkar identiti polis terlibat di dalamnya.

Hmm.. makin misteri kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...