Ikuti Kami:

“8 Kali Saya Tolak” – Lee Wonjung Dari ‘Hierarchy’ Dedah Terima Tawaran Dari HYBE Untuk Jadi Idola

“8 Kali Saya Tolak” – Lee Wonjung Dari ‘Hierarchy’ Dedah Terima Tawaran Dari HYBE Untuk Jadi Idola

Mesti ramai kan yang tengah layan drama “Hierarchy” yang ditayangkan di Netflix sekarang?

Baru-baru ini, 5 pelakon “Hierarchy” iaitu Roh Jeong-eui, Lee Chae-min, Kim Jae-won, Lee Won-jung dan Ji Hye-won telah tampil sebagai tetamu dalam program “Knowing Bros”.

Selain berborak tentang drama itu, Lee Won-jung juga mendedahkan bahawa HYBE beberapa kali pernah menghubunginya untuk menjadikannya idola di bawah syarikat tersebut. Kongsinya,

Saya bukan pelatih. Saya terima tawaran untuk jadi idola tapi saya memang nak sangat jadi pelakon. Ia adalah syarikat yang besar tetapi saya dah tolak tawaran itu sebanyak 7 atau 8 kali.

Sambungnya,

Saya tanya sekiranya mereka ada menguruskan pelakon juga tetapi tidak. Jadi saya cakap ‘Melainkan anda sedang mencari pelakon, saya tidak mahu melakukannya. Jadi tolong jangan hubungi saya’.

Meskipun HYBE menggesa untuk berjumpa dengannya, Lee Won-jung menjelaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk menjadi seorang pelakon dan bukannya idola.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...