Ikuti Kami:

Zon Demiliterisasi (DMZ) Diserang Makhluk Misteri Ala Zombi, ‘Search’ Mula Dengan Rating Baik

Zon Demiliterisasi (DMZ) Diserang Makhluk Misteri Ala Zombi, ‘Search’ Mula Dengan Rating Baik

Akhirnya Jang Dong-yoon kembali dengan sebuah drama baru bergenre thriller misteri. Mesti best!

Sinopsis ringkas

“Search” ialah drama mengenai sebuah operasi pencarian yang diperkenalkan untuk membongkar rahsia disebalik kehilangan misteri dan kes pembunuhan yang berlaku dalam zon demiliterisasi (DMZ).

ocn search

Episod awal mengujakan

[Amaran SPOILER]

Daripada permulaan drama ini lagi, penonton dah disajikan dengan babak lelaki yang berubah menjadi raksasa seperti zombi. Disebabkan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan di zon demiliterisasi (DMZ) untuk menyiasat dan membendung kejadian msiteri tersebut.

Makin menarik apabila leftenan pertama Son Ye-rim (Krystal) digabungkan sekali dengan Sarjan Yong Dong-jin (Jang Dong-yoon) iaitu bekas kekasihnya. Melihatkan pertemuan semula mereka yang kekok dan lelaki itu yang asyik mengungkit kejadian lama, nampaknya masih ada lagi yang belum dirungkai mengenai masa lampau mereka.

Saksikan bagaimana pasukan khas ini berusaha untuk berlawan dengan ‘raksasa’ misteri ini bagi mengekalkan ketenteraman kem mereka.

ocn search

[SPOILER Tamat]

“Search” juga nampaknya berjaya menarik perhatian ramai apabila meraih rating yang baik pada episod pertamanya iaitu 2.6%. Malah ianya kian menaik pada episod kedua apabila rating yang dicatatkan ialah 3.1%.

Semua yang sukakan drama berkonsepkan ketenteraan dan bergenre misteri, memang patut tonton “Search”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...