Ikuti Kami:

Yuna Bergambar Bersama Jennie Blackpink Di Paris, Peminat Mahukan Kolaborasi Bersama!

Yuna Bergambar Bersama Jennie Blackpink Di Paris, Peminat Mahukan Kolaborasi Bersama!

Nama Yuna tak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Bermula dengan memuat naik video nyanyiannya di laman Youtube sehingga mampu menempa nama dalam industri seni tempatan. Tidak puas hanya bertapak di Malaysia, Yuna yang masih dahagakan sesuatu yang lebih besar, dengan beraninya telah mencuba nasib di luar negara. Ternyata risiko yang diambil berbaloi kerana dia berjaya mencipta nama di sana sehingga telah berkolaborasi dengan ramai artis barat seperti Usher, G-Eazy, dan Tyler, The Creator.

Lebih membanggakan apabila Yuna baru-baru ini telah disambar oleh agensi permodelan terkenal dunia iaitu Wilhelmina Models. Nampaknya langkah Yuna masih jauh dan dia masih tidak puas dengan apa yang dimilikinya sekarang. Masih banyak lagi pencapaian yang ingin dicapai olehnya.

yuna pertunjukan fesyen chanel di paris

Kian melibatkan diri dalam dunia fesyen, Yuna juga dilihat telah menghadiri pertunjukan fesyen Chanel di Minggu Fesyen Paris pagi ini. Wanita itu tampil cantik dengan busana kulit berwarna merah rekaan jenama Chanel sendiri.

Yang mengujakan peminat K-Pop apabila Yuna telah dilihat bergambar bersama dengan artis K-Pop sensasi kini iaitu Jennie daripada kumpulan Blackpink. Sebelum ini ada salah seorang peminat turut meminta Yuna bergambar dengan Jennie selepas mendapat tahu dia bakal menghadiri pertunjukan fesyen yang sama dengan idola itu.

 

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...