Ikuti Kami:

“You’re My Si Comel, You’re My Sayang”- WINNER Dendangkan Rap Bahasa Melayu Untuk Peminat Malaysia!

“You’re My Si Comel, You’re My Sayang”- WINNER Dendangkan Rap Bahasa Melayu Untuk Peminat Malaysia!

Rasanya semua Inner Circle di Malaysia tentu melompat gembira apabila kumpulan WINNER mengumumkan konsert jelajah mereka iaitu “WINNER Cross Tour” akan singgah ke Kuala Lumpur! Ini adalah buat julung-julung kalinya kumpulan K-Pop itu bakal mengadakan persembahan di hadapan peminat Malaysia mereka.

Reaksi yang diterima nyata tak mengecewakan kerana Inner Circle Malaysia hype tak sudah sepanjang konsert itu berlangsung di Axiata Arena! Konsert yang berlangsung lebih 2 jam itu rasa macam 10 minit sahaja melihatkan keghairahan peminat menerusi jeritan mereka selain ahli WINNER yang memberikan persembahan yang ‘panas’dengan tenaga yang ‘power’!

winner di malaysia

Bukan sahaja lagu kumpulan bahkan setiap daripada ahli WINNER iaitu Mino, Jinu, Seunghoon dan Seungyoon turut memberikan persembahan solo bagi menaikkan lagi suhu kehangatan di dalam stadium tertutup itu!

Nampaklah keterujaan WINNER dapat berjumpa dengan peminat mereka daripada Malaysia kerana sepanjang konsert itu berjalan, mereka pasti akan menyelitkan pelbagai perkataan dan ayat penuh dalam bahasa Melayu. Sampaikan para Inner Circle Malaysia pun naik keliru melihat mereka bersungguh-sungguh berbahasa siap nyanyi rap sekali!

“You’re my si comel, You’re my sayang”

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...