Ikuti Kami:

Young K DAY6 Sertai Servis Tentera Hari Ini & Selesai Sebagai DJ Di ‘DAY6 Kiss The Radio’

Young K DAY6 Sertai Servis Tentera Hari Ini & Selesai Sebagai DJ Di ‘DAY6 Kiss The Radio’

Pada 10 Oktober yang lalu, Young K dari kumpulan DAY6 telah menamatkan hari terakhirnya sebagai seorang DJ radio di KBS Cool FM untuk program “DAY6 Kiss The Radio” setelah 322 hari.

Young K dipertanggungjawabkan untuk membaca segala cerita atau kisah yang dihantar oleh pendengar dan memainkan lagu yang diminta.

“MY DAY” iaitu nama kelab peminat DAY6 dan juga pendengar program tersebut berterima kasih atas usahanya selama ini, dan terus tweet dengan menggunakan hashtag #Our_Best_DJ_YoungK.

day6 young kYoung K turut berterima kasih dan menghargai segala sokongan dari peminatnya.

Saya akan terus menyimpan dorongan yang telah anda semua kirimkan pada saya selama ini, dalam hati saya. Ada kalanya saya berasa letih secara fizikal ketika aktif mempromosikan diri sebagai penyanyi, dan mengacarakan radio membuat saya sangat gembira hingga rasa letih saya hilang. Saya selalu dapat tersenyum sambil menyambut anda semua. Ini membuat saya terfikir bahawa ini adalah pekerjaan di mana saya dapat melakukan dengan baik dan dapat sesuatu sebagai balasannya.

Young K yang akan sertai servis tenteranya di KATUSA pada hari ini, juga sempat melakukan siaran langsung di VLIVE, untuk mengucapkan selamat tinggal buat peminatnya.

Saya harap kamu semua akan makan dengan sihat, dan sentiasa bahagia dan sihat.

Young K dijangka akan menamatkan servis tenteranya pada 11 April 2023.

Selamat berkhidmat Young K!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...