Ikuti Kami:

Yoon Kyesang Ditawar Bergandingan Bersama Seo Hyunjin Dalam Drama Melodrama ‘You Are My Spring’

Yoon Kyesang Ditawar Bergandingan Bersama Seo Hyunjin Dalam Drama Melodrama ‘You Are My Spring’

Selepas Seo Hyun-jin dikhabarkan menerima tawaran untuk berlakon drama “You Are My Spring”, Yoon Kye-sang pula disebut-sebut bakal menjadi hero utamanya.

Selepas berita itu berterbangan, agensi pelakon lelaki itu mengesahkan bahawa dia ada menerima tawaran untuk berlakon dalam drama tersebut namun tiada apa yang diputuskan lagi.

Kalau anda nak tahu, drama ini membawa kisah tiga individu yang menjalani kehidupan dewasa mereka dengan jiwa yang berusia 7 tahun. Mereka juga terperangkap dek kata kunci ‘penyelamat’.

yoon kyesang

Yoon Kye-sang difahamkan mungkin akan membawa watak Joo Young-do, seorang pakar psikiatri yang menyembuhkan luka dalaman orang lain dan mencari kemahuan untuk hidup. Walaubagaimanapun, dia sendiri memendam luka kerana tidak dapat menyelamat abang dan seorang pesakitnya sendiri.

“You Are My Spring” katanya akan memulakan tayangan pada pertengahan 2021.

Teruja betul apabila membayangkan Seo Hyun-jin dan Yoon Kye-sang beralakon bersama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...