Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Tak Mampu Kawal Tenaga Jessi, Jun Somin & Oh Nara, Tonton ‘The Sixth Sense’ 3 September Nanti

Yoo Jaesuk Tak Mampu Kawal Tenaga Jessi, Jun Somin & Oh Nara, Tonton ‘The Sixth Sense’ 3 September Nanti

Ingat tak berita mengenai sebuah program hiburan baru yang bakal diarahkan oleh Jung Chul-min iaitu bekas PD “Running Man”? Nampak gayanya penonton dapat melihatnya tak lama lagi apabila tvN telah meriliskan klip pendek pertemuan semua ahli rancangan itu iaitu Yoo Jae-suk, Jeesi, Oh Na-ra, Jun So-min dan Mi-joo daripada kumpulan Lovelyz.

Menurut Jung Chul-min, “The Sixth Sense” akan bersiaran pada saban minggu dan mereka akan menjemput seorang tetamu berlainan untuk menyertai 5 ahli tetap rancangan tersebut di sebuah lokasi yang mempunyai latar belakang yang luar biasa. Kemudiannya, mereka perlu mencari apa yang palsu daripada yang benar dengan menggunakan deria keenam masing-masing.

tvn sixth sense kecoh

Apa yang membuatkan penonton teruja ialah kerana ini adalah kali pertama Yoo Jae-suk akan bekerjasama dengan 4 selebriti wanita lain. Walaupun kelihatan gembira pada awalnya namun pengacara itu kelihatan lelah apabila kesemua wanita menonjolkan perangai mereka yang ‘gila-gila.’

Disebabkan ini adalah pertama kali dia menjadi ahli tetap untuk rancangan hiburan, memang terserlah semangat dan tenaga Oh Na-ra yang ceria sampai Yoo Jae-suk perlu mengingatkannya supaya bertenang.

Na-ra, tak perlu sampai begitu.

tvn sixth sense kecoh

Jun So-min juga sama seperti di “Running Man” apabila dia bersikap unik dan sering mengusik ahli yang lain. Bahkan sempat juga dia buat lawak kegemarannya apabila Na-ra memukulnya.

Saya ingatkan ada lighter dalam tangannya.

tvn sixth sense kecoh

Paling kalut ialah apabila Jessi dan Mi-joo menyertai perjumpaan mereka itu. Idola tersebut tanpa segan cuba meniru gelagat Jessi dan mengatakan bahawa,

Dada saya adalah besar.

Namun dia sempat dihalang oleh Yoo Jae-suk tetapi keadaan menjadi semakin haru apabila Jessi menyambung,

Dada kawan saya lagi besar.

tvn sixth sense kecoh

Penat dengan perangai masing-masing akhirnya Yoo Jae-suk menutup telinganya bagi menghalang ahli lain yang bising dan langsung tidak kisahkan mengenai hal sekeliling.

Baru sedutan pendek macam ini pun, semua penonton dah boleh rasa kekecohan rancangan “The Sixth Sense” ini nanti. Sama-sama kita tunggu 3 September untuk menyaksikan sendiri kemeriahan tersebut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...