Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Pilih Lee Kwangsoo & Ji Sukjin Sebagai ‘Rakan Terbaik Seumur Hidup’, Song Jihyo Paling Susah Dikawal

Yoo Jaesuk Pilih Lee Kwangsoo & Ji Sukjin Sebagai ‘Rakan Terbaik Seumur Hidup’, Song Jihyo Paling Susah Dikawal

Hampir 10 tahun ke udara, sudah pasti hubungan ahli “Running Man” utuh dan kuat seperti sebuah keluarga. Melalui suka dan duka bersama, tiada apa yang lebih berharga daripada persahabatan yang terjalin hasil daripada berjumpa selama-berjam-jam pada saban minggu.

Apabila Yoo Jae-suk ditanya mengenai ‘rakan sepanjang hidup’ terbaik daripada program hiburan tersebut, pengacara popular itu tidak teragak-agak untuk memilih Lee Kwang-soo dan Ji Suk-jin.

lee kwangsoo running man

Mendengarkan jawapan tersebut, Haha dan Kim Jong-kook tertawa sambila menjelaskan bahawa mereka memahami apa yang dimaksudkan. Bahkan mereka langsung tidak terasa kerana tidak terpilih.

Berseloroh, Yoo Jae-suk menjelaskan pemilihan mereka adalah kerana mereka senang dikawal mengikut kemahuannya. Lee Kwang-soo tanpa segan mengakui kenyataan tersbut.

Senang cakap, kami telah dilatih secukupnya.

Manakala bagi ‘ahli yang sukar dikawal’ pula, Ji Suk-jin tidak teragak-agak untuk memilih Song Ji-hyo sebagai pemenangnya.

Saya telefon dia daripada minggu sudah tapi masih belum lagi menerima panggilan semula.

Bahkan Lee Kwang-soo mengatakan bahawa pelakon cantik itu masih belum membalas mesej ucapan yang dihantar daripada episod pertama lagi. Lawak!

song jihyo running man

Rata-rata penonton mengiakan jawapan Yoo Jae-suk dan mengatakan bahawa pengacara itu nampak bahagia dengan ikhlasnya apabila berjaya mengusik Lee Kwang-soo malahan memuji hubungan persahabatannya dan Ji Suk-jin yang sudah terjalin selama berpuluh tahun lamanya.

Hubungan mereka inilah yang membuatkan “Running Man” jadi lebih menarik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...