Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Menang Daesang Ke-18 Di ‘2021 MBC Entertainment Awards’

Yoo Jaesuk Menang Daesang Ke-18 Di ‘2021 MBC Entertainment Awards’

Malam tadi telah berlangsung acara gemilang iaitu ‘2021 MBC Entertainment Awards’.

Tidak mengejutkan apabila Yoo Jae-suk diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama (daesang) untuk tahun ini memandangkan dia mengelola program paling popular di MBC kini iaitu “How Do You Play?”.

Meraih daesang ke-18 sejak permulaan karier, Yoo Jae-suk telah berterima kasih buat semua yang menyokongnya,

Saya menerima kasih sayang yang banyak dan saya mahu menyampaikan anugerah ini buat keluarga tercinta.

Saya tak pasti sampai bila tapi saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan kegembiraan buat semua orang hingga badan saya tidak mampu melakukannya lagi.

yoo jaesuk daesang

Dalam pada itu, “How Do You Play?” dinobat sebagai ‘Program Terbaik’ pada malam itu sekaligus membuktikan kepopularitiannya.

Bukan itu sahaja, Lee Mi-joo turut memenangi ‘Pendatang Baru Terbaik’ kerana penyertaannya dalam program yang sama. Manakala Haha, Yoo Jae-suk dan Lee Mi-joo turut dianugerahkan ‘Pasangan Terbaik’ kerana keserasian mereka dalam “How Do You Play”.

Tahniah Yoo Jae-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...