Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Menang Anugerah Besar, Sentuh Hati Netizen Kerana Memperingati Goo Hara & Sulli

Yoo Jaesuk Menang Anugerah Besar, Sentuh Hati Netizen Kerana Memperingati Goo Hara & Sulli

Sudah masuk hujung tahun ini, banyak anugerah dan juga festival muzik yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada para selebriti yang bertungkus-lumus bagi memberikan hiburan kepada para penonton. Stesen televisyen SBS juga turut tidak melepaskan peluang ini untuk mengadakan majlis anugerah bagi rancangan hiburan yang disiarkan di bawah saluran mereka iaitu “2019 SBS Entertainment Awards”.

Membanggakan apabila Yoo Jaesuk telah diumumkan sebagai pemenang Daesang (anugerah utama) bagi sumbangannya kepada rancangan hiburan “Running Man”! Anugerah ini sudah empat kali diterima oleh pengacara lelaki popular tersebut dan kali terakhir dia menerimanya adalah pada tahun 2015.

yoo jaesuk daesang yoo jaesuk daesang

Di dalam ucapannya, dia berterima kasih kepada semua ahli rancangan “Running Man”, pihak produksi, isteri dan peminatnya. “Saya tak tahu nak cakap apa. Terima kasih banyak. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana menerima penghargaan yang besar ini apabila ‘Running Man’ akan menyambut ulang tahun yang ke-10 pada tahun hadapan. Pada masa yang sama, saya minta maaf kerana menerima anugerah ini bersendirian tanpa ahli yang lain.”

Yoo Jaesuk turut tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua selebriti yang pernah hadir sebagai tetamu dalam “Running Man”. Tapi menyentuh hati apabila lelaki itu menyebut tentang selebriti yang telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selamanya. “Daripada semua tetamu yang pernah datang ke ‘Running Man’, saya paling teringat dengan mendiang Sulli dan Goo Hara. Saya berharap agar mereka bersemadi dengan aman dan melakukan apa sahaja yang mereka mahukan di sana.”

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...