Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk Imbas Kembali Kali Pertama Jumpa Dengan Keluarga Isteri Na Kyungeun

Yoo Jaesuk Imbas Kembali Kali Pertama Jumpa Dengan Keluarga Isteri Na Kyungeun

Baru-baru ini, pelakon Jo Jung-suk telah tampil dalam program “You Quiz on the Block” sebagai tetamu.

Dalam siaran tersebut, Jo Jung-suk berkongsi mengenai kebimbangannya sebagai seorang ayah kepada anak perempuannya,

Saya tidak tahu bagaimana saya boleh terima apabila anak perempuan saya mempunyai teman lelaki apabila dia dewasa.

Mendengar kenyataan itu, Yoo Jae-suk yang juga mempunyai anak perempuan turut bersetuju dan memberi respon,

Saya tidak begitu risau tetapi saya akan memikirkan banyak perkara mengenainya. Bagaimana reaksi bapa mertua saya apabila Na Kyung-eun (isteri Yoo Jae-suk) memberitahu bahawa dia sedang bercinta dengan saya?

yoo jaesuk na kyungeun

Kemudian apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika pertama kali bertemu dengan keluarga mertua, Yoo Jae-suk menjawab,

Bapa mertua dan ibu mertua saya menyambut saya dengan sangat baik.

Jo Jung-suk memuji Yoo Jae-suk dengan berkata,

Sudah tentu, anda yang terbaik.

Untuk pengetahuan, apabila Yoo Jae-suk mengumumkan mengenai perkahwinannya dengan Na Kyung-eun, dia telah pun mendapat gelaran sebagai ‘National MC’ dan dihormati ramai.

Haruslah, Yoo Jae-suk kot.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...