Ikuti Kami:

Yoo Ahin & Song Hyegyo Beri Sokongan Pada Wuhan, Tapi Diselar Netizen Pula!

Yoo Ahin & Song Hyegyo Beri Sokongan Pada Wuhan, Tapi Diselar Netizen Pula!

Sejak kes virus Corona Virus kian merebak ke serata dunia, makin ramai orang yang mula mengambil langkah mencegah dengan menggunakan topeng muka dan membersihkan tangan secara kerap untuk mengelak daripada dijangkiti oleh penyakit ini. Tiada lagi vaksinnya dan pesakit yang disahkan mempunyai virus ini pun sudah meningkat ke 16,758 kes, ramai yang runsing sekiranya virus ini boleh menyebabkan situasi kecemasan seluruh penduduk di dunia.

corona virus

Seperti yang anda ketahui, virus ini mula dikesan di wilayah Wuhan di China. Dikhabarkan bahawa punca virus ini tersebar adalah melalui tabiat memakan haiwan eksotik seperti ular, kelawar dan sebagainya. Kawasan tersebut kelihatan seperti ‘bandar berhantu’ kerana rata-rata penduduk diminta untuk kuarantin di rumah sendiri bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut ke tempat lain.

corona virus

Disebabkan ramai yang panik apabila mendengarkan ‘Wuhan’, ada pergerakan yang cuba meredakan perasaan orang ramai supaya tidak menunding jari kepada penduduk wilayah tersebut walaupun virus Corona mula dikesan di sana. Mereka juga ingin memberikan semangat kepada orang Wuhan supaya terus berlawan bagi mengekang virus ini daripada terus menjadi-jadi.

Bukan sahaja netizen, bahkan ramai juga selebriti yang menunjukkan sokongan mereka terhadap bandar Wuhan. Meskipun virus Corona sudah pun memasuki Korea, selebriti seperti Yoo Ahin dan Song Hyegyo cuba memberikan semangat kepada penduduk Wuhan menerusi entri mereka di laman Instagram.

yoo ahin dan song hyegyo

Yoo Ahin telah memuat naik satu animasi pendek untuk Wuhan diiringi dengan kapsyen,

Kita adalah manusia. Kita adalah bumi. Kita adalah satu.

 

 

View this post on Instagram

 

1111 We are human We are earth We are one

A post shared by 유아인YOOAHIN (@hongsick) on

Song Hyekyo juga tidak terlepas dan memuat naik animasi sokongan yang sama di laman Instagramnya sambil menyertakan emoji berdoa pada ruangan kapsyen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyekyo Song (@kyo1122) on

Meskipun hanya cuba menonjolkan sokongan kepada penduduk Wuhan yang dalam ketakutan, rata-rata netizen Korea menyelar tindakan kedua-dua selebriti itu. Katanya, mereka hanya menunjukkan sokongan supaya tak putus ‘bekalan duit’ daripada China.

Saya akan percayakan mereka sekiranya kedua-duanya pergi ke Wuhan dan buat kerja sukarelawan.

 

Mereka terlampau sibuk diusung ke sana sini oleh pengurus dan tinggal dalam rumah seperti istana sehinggakan mereka tak sedar realiti yang sebenar. Mereka telah hidup dalam dunia puteri dan putera sehinggakan mereka tidak nampak semua orang di kafe, restoran, pusat beli-belah, panggung dan kereta api bawah tanah menyarungkan topeng muka dan pembersih tangan berada di merata tempat. Terdapat juga amaran kepada sesiapa yang baru sahaja pulang daripada China supaya tidak memasuki negara. Atau mereka tidak peduli langsung kerana China memberikan mereka banyak duit dan kasih sayang sehinggakan mereka mengelak membayar cukai di Korea? Saya tak rasa mereka berdua peduli pun apa yang terjadi di dunia sekarang ini. Mereka tak pernah pun berfikir tentang keamanan dan perhubungan dunia. Mereka hanya takutkan China. Jikalau anda tak tahu realiti sebenar kepada kami semua, tutup sahaja mulut.

 

Jadi pergilah ke Wuhan dan edarkan topeng muka~

Pentingkan diri bagaimana mereka hanya risaukan pemberi wang mereka di China ketika ini.

 

Pendapatan utama Song Hyegyo adalah daripada China, jadi..

Tak pastilah kenapa ramai sangat netizen Korea yang marah dengan sokongan Song Hyegyo dan Yoon Ahin terhadap Wuhan. Anda rasa?

Sumber: Sports Joseon, Nate

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...