Yoo Ahin Dipuji Pilih Filem Bajet Rendah ‘Voice Of Silence’ Meskipun Pelakon Bertaraf Tinggi

filem voice of silence

Yoo Ah-in sememangnya dikenali sebagai seorang pelakon yang versatil dan mampu menjiwai setiap watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Ramai penonton yang dah teruja apabila diumumkan bahawa lelaki itu bakal membintangi filem “Voice Of Silence” bersama Yoo Jae-myung, membawa kisah dua orang lelaki yang tanpa sengaja ditugaskan untuk menjaga seorang kanak-kanak diculik.

Lebih mengagumkan kerana Yoo Ah-in mencabar dirinya untuk menaikkan berat badan sebanyak 15 kilogram bagi menghidupkan watak Tae-in untuk filem ini. Hal ini membuktikan dedikasi pelakon ini terhadap pekerjaannya.

filem voice of silence

Disebabkan oleh pengaruh dan ‘kuasa’ yang mengikuti lelaki ini, ramai yang meluahkan rasa terharu kerana Yoo Ah-in memilih untuk berlakon dalam filem “Voice Of Silence” ini meskipun hanya menyediakan bajet yang rendah.

Melihatkan naskhah hebat yang disertainya sebelum ini seperti “Veteran”, “The Throne” dan “Burning”, tiada siapa menyangka bahawa dia akan menerima untuk berlakon dalam filem ini. Menurut Bahagian Promosi Filem Korea, “Voice Of Silence” adalah sebuah filem skala kecil dengan kos produksi sebanyak 1.3 bilion sahaja (RM4.7 juta).

Tindakan Yoo Ah-in menerima filem ‘biasa’ ini membuatkan ramai orang dalam industri memujinya,

Kalau dilihat nilai nama Yoo Ah-in, bajet tersebut adalah rendah. Tapi saya dengar dia mahu membintanginya juga.

filem voice of silence

Sumber lain,

Mengagumkan apabila pelakon yang mampu mempengaruhi penonton mahu berlakon dalam filem bajet rendah.

Mungkin Yoo Ah-in lebih pentingkan kualiti skrip berbanding kos pembikinan filem itu sendiri?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply