Ikuti Kami:

Yoo Ahin & Ahn Eunjin Dilapor Bakal Terajui Siri Netflix ‘The Fool At The End Of The World’

Yoo Ahin & Ahn Eunjin Dilapor Bakal Terajui Siri Netflix ‘The Fool At The End Of The World’

Makin banyak siri Netflix menyeronokkan yang akan menyapa anda tak lama lagi!

Terbaru, Yoo Ah-in dan Ahn Eun-jin dilaporkan bakal menerajui siri “The Fool At The End Of The World” arahan pengarah “Extracurricular” iaitu Kim Jin-min. Ianya merupakan adaptasi daripada novel garapan Isaka Tokaro di mana mengisahkan 200 hari sebelun dunia musnah.

Yoo Ah-in dikatakan akan membawa watak Woo Sung-jae dengan nama baptis, Domiano yang merupakan pembantu paderi yang dinaikkan pangkat selepas paderi utama menghilangkan diri.

netflix the fool at the end of the world

Ahn Eun-jin pula sebagai Jin Se-kyung iaitu guru subjek keluarga teknikal di sebuah sekolah rendah sebelum asteroid menyerang dunia. Kini, dia merupakan sukarela di Pusat Kebajikan Kanak-Kanak di Dewan Pembandaran.

Respon pihak siri berkenaan mengenai berita ini,

Tiada apa yang disahkan lagi.

Khabarnya “The Fool At The End Of The World” akan memulakan penggambaran pada 2022 sebelum ditayangkan pada 2023.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...