Ikuti Kami:

Yiren & Sihyeon EVERGLOW Sah Positif COVID-19, Artis Kontak Rapat Gummy & TEEN TOP Jalani Pemeriksaan

Yiren & Sihyeon EVERGLOW Sah Positif COVID-19, Artis Kontak Rapat Gummy & TEEN TOP Jalani Pemeriksaan

Selepas dua anggota jumpulan UP10TION disahkan positif COVID-19, kini kumpulan EVERGLOW juga turut mendedahkan bahawa dua ahlinya iaitu Yiren dan Si-hyeon telah disahkan menjadi pembawa virus itu.

Jelas agensi menereka, Yiren mendapat tahu bahawa salah seorang kenalannya disahkan positif COVID-19 lantas dia terus menjalani pemeriksaan. Pada petang 1 Disember, gadis itu kemudiannya menerima kembali keputusan ujian yang menyatakan bahawa dia positif virus itu.

Disebabkan EVERGLOW tinggal bersama di dalam dorm, kesemua mereka dikira sebagai kontak rapat dan menjalani pemeriksaan sejurus selepas menerima berita tersebut. Daripada ahli tersebut, hanya Si-hyeon yang disahkan positif COVID-19.

everglow positif covid-19

Bukan sahaja ahli EVERGLOW, malah kesemua staf dan artis lain di bawah agensi itu dan pernah mempunyai kontak dengan Yiren Dan Si-hyeon telah pun menjalani pemeriksaan COVID-19 sebagai langkah keselamatan.

Bukan itu sahaja, disebabkan EVERGLOW ada menghadiri rakaman rancangan “Yoo Hee-yeol Sketchbook” pada 24 November lepas, kesemua kakitangan dan artis yang turut menghadiri program tersebut turut diminta menjalani pemeriksaan COVID-19. Walaupun Yiren disahkan positif pada 1 Disember namun dia disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 pada 22 November lantas memberikan risiko pendedahan yang besar kepada setiap individu yang menyertai program itu.

Antara artis yang terlibat ialah Teen Top, Gummy, Kim Hyun-cul, Joo Hyun-mi serta pengacaranya sendiri iaitu Yoo Hee-yeol.

Apa pun, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...