Ikuti Kami:

“YG Talk To Us” – Dilayan Tidak Adil, Peminat Lisa BLACKPINK Mohon Penjelasan

“YG Talk To Us” – Dilayan Tidak Adil, Peminat Lisa BLACKPINK Mohon Penjelasan

Beberapa hari lepas, ramai peminat Lisa BLACKPINK telah kecewa atas penjelasan yang diberikan oleh CEO kepada jenama mewah, BVLGARI, mengenai ketidakberadaan Lisa di Minggu Fesyen Paris atas arahan yang dikeluarkan oleh YG Entertainment yang tidak membenarkan Lisa untuk menghadiri acara tersebut atas alasan COVID.

Ahli BLACKPINK yang lain seperti Jisoo, Rosé dan Jennie dilihat menghadiri Minggu Fesyen Paris, yang mana telah menimbulkan rasa tidak puas hati peminat atas layanan yang tidak adil kepada Lisa.

Hashtag #YGLetLisadoHerWork yang kini kekal trend di Twitter degan Tweet melebihi 5 juta, jelas menunjukkan protes “Blinks” iaitu nama kelab peminat BLACKPINK atas penganiayaan terhadap Lisa. Tagline seperti “LISA DESERVES BETTER” “JUSTICE FOR LISA” turut trending dengan ratusan ribu tweet.

Sehingga waktu ini, YG Entertainment masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai apa yang berlaku. Peminat Lisa terus protes dengan menggunakan hashtag #YGTalkToUs yang kini telah melepasi 600 ribu tweet.

yg lisa blackpink

 

Bukan itu sahaja, peminat Lisa juga telah bekerjasama untuk “unfollow” segala akaun sosial media milik YG, dan disebabkan itu keuntungan syarikat tersebut dapat dilihat telah jatuh mendadak.

Harap-harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...