Ikuti Kami:

“Ye Ke Dia 36 Tahun?” – Mula Tayangan, ‘Vincenzo’ Tular Dek Muka ‘Flawless’ Mafia Song Joongki

“Ye Ke Dia 36 Tahun?” – Mula Tayangan, ‘Vincenzo’ Tular Dek Muka ‘Flawless’ Mafia Song Joongki

Teruja betul! Tepat sahaja jarum jam menunjukkan pukul 10 malam, pastinya ramai dah serbu buka laman penstriman Netflix bagi menonton episod perdana “Vincenzo” semalam.

[Amaran SPOILER]

Bertemakan aksi dan balasan kepada perbuatan orang jahat, “Vincenzo” nyata mengejutkan ramai dengan tayang episod pertamanya. Walaupun dimulakan dengan babak Vincenzo membakar ladang dan kediaman musuh keluarganya dan babak dia menembak penjahat yang cuba membunuhnya, ianya bertukar menjadi komedi saat dia kembali ke Korea.

netflix vincenzo

Ditipu oleh teksi scam, Vincenzo juga kini dipandang tajam oleh jiran-jiran di kompleks bangunan yang menjadi rumahnya kini. Macam-macam perkara kelakar yang terjadi meskipun baru satu episod ditayangkan.

Ingatkan ramai yang terpegun melihat babak aksi yang ditayangkan, namun rata-rata penonton lebih terpukau melihat muka licin dan ‘flawless’ Song Joong-ki. Dipakaikan dengan sut mahal daripada Itali, ketampanan lelaki itu nyata terserlah habis, malah kekal kacak walaupun melepaskan rambutnya ke bawah sambil menyarungkan baju tidur.

Antara komen penonton:

Saya sepanjang menonton episod pertama: Handsomenya dia…

 

Sudah lama tak nampak Song Joong-ki menyisir rambutnya ke belakang. Visualnya dengan stail rambut itu sangatlah dahsyat.

 

Macam mana seseorang boleh handsome macam ini sekali?

 

Bahagian terbaik mengenai drama ini ialah: Wajah Song Joong-ki, kulit Song Joong-ki, Song Joong-ki dengan sut.

 

Betulkah dia berusia 36 tahun?

 

Saya menjadi semakin fokus apabila melihat wajah close-up Song Joong-ki.

Korang pun mesti tak boleh tutup mulut apabila melihat ketampanan Song Joong-ki kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...