Pelawak Yang Se-hyung menjadi perhatian apabila didedahkan telah menyelamatkan seorang nenek yang tercekik makanan di sebuah restoran baru-baru ini.
Hal itu yang dikongsi di serata laman komuniti telah mendapat respon daripada agensinya,
Pada 17 April lalu, memag benar Yang Se-hyung membantu seorang nenek di sebuah restoran.
Khabarnya, Yang Se-hyung sedang makan malam bersama rakannya di Dokgodong, Gangnam ketika kejadian itu berlaku. Secara tiba-tiba, seorang wanita tua yang duduk bersebelahan dengannya mengadu sukar bernafas dan saluran pernafasannya tersekat. Anak wanita itu pada awalnya mencuba teknik Heimlich Manuaver namun tiada perubahan. Pada ketika itu, Yang Se-hyung datang dan mencuba semula teknik berkenaan. Nenek tersebut kembali sedar selepas itu. Restoran itu kemudiannya membatalkan panggilan kecemasan yang dibuat sebelum itu.
Ramai yang meluahkan rasa kagum selepas membaca mengenai tindakan pantas Yang Se-hyung itu. Bahkan pengurus restoran berkenaan menyatakan bahawa tindakan pelawak tersebut membuatkannya terharu.
Nenek itu merupakan pelanggan tetap kami selama 10 tahun ini. Yang Se-hyung datang dan menyelamatkannya. Saya berasa terharu, terima kasih.
Malah klip pendek di mana lelaki itu belajar teknik CPR berkenaan dalam salah satu episod “Master In The House” telah kembali tular dek kejadian itu.
Nasib baik ada Yang Se-hyung.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.