Utama Celebrity News Yang Sechan Jadi Ahli Ketiga ‘Running Man’ Positif COVID-19

Yang Sechan Jadi Ahli Ketiga ‘Running Man’ Positif COVID-19

yang sechan

Seorang lagi ahli “Running Man” disahkan positif COVID-19.

SM C&C mengumumkan bahawa Yang Se-chan disahkan positif virus itu.

Yang Se-chan sudah selesai mengambil dua dos vaksinasi dan selepas menjadi kontak rapat kepada satu kes positif, dia menerima keputusan negatif daripada ujian PCR pertama. Sejak itu, dia mula melakukan kuarantik kendiri. Bagaimanapun, ujian PCR kedua menunjukkan keputusan positif.

Dalam pada itu, Yang Se-chan tidak menyertai penggambaran “Running Man” pada minggu ini kerana berada dalam tempoh kuarantin diri dan tidak menjadi kontak sesiapa semasa disahkan positif.

yang sechan

Tambah agensinya lagi,

Yang Se-chan berada dalam kesihatan yang baik dan dia sedang berehat di rumah kini.

Ahli lain iaitu Haha, Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk, dan Jun So-min disahkan negatif meskipun tiga ahli yang lain positif kini.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERStar Today
Loading...