Ikuti Kami:

Xiumin EXO Disahkan Positif COVID-19, Ahli Lain Jalani Kuarantin Kendiri

Xiumin EXO Disahkan Positif COVID-19, Ahli Lain Jalani Kuarantin Kendiri

Semakin ramai selebriti Korea yang disahkan positif COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Xiumin daripada kumpulan popular EXO telah disahkan positif virus berkenaan.

Menurut agensinya,

Hello, ini ialah SM Entertainment. Kami ingin memaklumkan bahawa Xiumin EXO telah disahkan positif pada 5 Ogos. Dia telah menjalankan ujian COVID-19 sbelum menyertai latihan muzikal dan menerima keputusan negatif sebelum ini. Walaubagaimanapun, dia mula merasai simptom pelik dan disahkan positif pada 5 Ogos.

Disebabkan itu, ahli EXO dan kakitangan lain telah menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan masing-masing. Selain itu, kesemua program yang disertai Xiumin telah pun dimaklumkan mengenai perkara ini dan kesemua staf dan pelakon muzikal ‘DD’ akan menjalani ujian COVID-19.

Xiumin akan menghentikan segala aktiviti dan mengikuti arahan penguatkuasa kuarantin dan kami akan lakukan yang terbaik supaya artis kami sembuh secepat mungkin. Kami memohon maaf kerana merisaukan ramai pihak dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kesemua artis dan kakitangan kami selain menurut garis panduan kuarantin.

Semoga cepat sembuh Xiumin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...