Ikuti Kami:

Xiao Jadi Ahli Kumpulan Ketiga UP10TION Disahkan Positif COVID-19

Xiao Jadi Ahli Kumpulan Ketiga UP10TION Disahkan Positif COVID-19

Selepas Bitto dan Kogyeol, seorang lagi ahli kumpulan UP10TION disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan rasmi Top Media pada 15 Disember, Xiao telah dijangkiti virus tersebut. Kata agensi tersebut, Bitto dan Kogyeol yang pada awalnya disahkan positif COVID-19 kini telah pun discaj daripada pusat kuarantin khas pada 13 dan 14 Disember lepas.

Bagi ahli lain pula, mereka menjalani kuarantin secara berasingan di bawah pantauan pihak kesihatan. Apabila dilakukan pemeriksaan sekali lagi pada 14 Disember, Kuhn, Sunyoul, Gyujin dan Hwanhee mendapat keputusan negatif manakala Xiao disahkan positif COVID-19.

up10tion

Semoga semuanya selamat sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...