Ikuti Kami:

Woojin Mahu Tinggalkan Hospital Doldam, Rating ‘Doctor Romantic 2’ Capai Rating Tertinggi!

Woojin Mahu Tinggalkan Hospital Doldam, Rating ‘Doctor Romantic 2’ Capai Rating Tertinggi!

Rangkaian drama “Doctor Romantic” sememangnya popular dalam kalangan peminat K-Drama. Bayangkan walaupun baru separuh ditayangkan tetapi rating musim kedua dah pun berjaya mengalahkan rating tertinggi yang direkodkan oleh musim pertamanya!

Sinopsis “Doctor Romantic 2”

Sedikit sedih kerana watak utama musim pertama iaitu Kang Dongju (Yoo Yeonseok) dan Yun Seojeong (Seo Hyunjin) sudah menempuhi fasa baru dan ada doktor lain yang dibawa masuk di bawah jagaan Dr. Kim. Selain itu, doktor hebat tersebut mula menghadapi krisis apabila pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Kerana mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woojin yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eunjae yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.

romantic doctor kim 2

Rating mengganas!

Menerusi hipotesis yang dapat dibuat, semakin maju ke hadapan episod “Doctor Romantic 2”, semakin tinggi ratingnya! Tak tahulah berapa tinggi lagi rating yang akan digapai oleh naskhah perubatan ini nanti.

Menurut Nielsen Korea, episod yang ditayangkan pada 17 Februari kelmarin telah mencatat purata rating 18.0% dan 22.7% dan catatan tinggi direkodkan pada 25.5%! Tinggi betul! Rekod sebelum ia dipecahkan ialah 21.9% yang dicatatkan pada episod lepas (episod 12).

Krisis Woojin dan Kim Sabu

Episod kelmarin mendatangkan debar kepada penonton apabila Woojin membuat keputusan untuk meninggalkan Hospital Doldam kerana ‘diugut’ oleh doktor jahat. Hojoon bersusah payah bagi memastikan Woojin tak akan bahagia selama dia menjadi doktor. Doktor Kim yang mendengarkan permintaan doktor muda itu untuk berpindah ke hospital lain tergamam dan hanya melihat dia berlalu pergi.

romantic doctor kim 2

Semakin menarik ya episod “Doctor Romantic 2”! Meskipun bakal tamat tayangan pada Selasa hadapan, tetapi masih banyak lagi krisis dan masalah yang dihadapi oleh kakitangan di Hospital Doldam.

Harapnya semua orang akan mendapat kesudahan yang bahagia pada akhir episod nanti!

Sumber: SPOTVNEWS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...