Ikuti Kami:

WINNER Sah Dalam Persiapan Untuk Comeback

WINNER Sah Dalam Persiapan Untuk Comeback

Berita gembira buat semua peminat WINNER!

Pada 8 Jun, saluran berita Korea Newsen melaporkan bahawa WINNER sedang bersedia untuk membuat kemunculan semula kumpulan dengan album baharu pada bulan Julai ini.

Berikutan itu, YG Entertainment mengesahkan,

Memang benar WINNER sedang membuat penggambaran muzik video mereka. Kami fikir kami akan dapat memaklumkan kepada anda mengenai jadual kepulangan yang tepat tidak lama lagi.

winner comeback

Untuk pengetahuan, kemunculan semula WINNER yang akan datang ini menandakan kemunculan semula kumpulan pertama mereka dalam tempoh lebih dua tahun, dan yang pertama sejak Jin-woo dan Seung-hoon keluar daripada perkhidmatan tentera. Kemunculan semula terakhir WINNER adalah pada April 2020, apabila mereka mengeluarkan album studio ketiga “Remember”.

Sama-sama kita nantikan muzik baharu dari WINNER!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...