Ikuti Kami:

Wi Hajoon Jadi Persona Kedua Lee Dongwook Dalam Drama Adiwira ‘Bad And Crazy’

Wi Hajoon Jadi Persona Kedua Lee Dongwook Dalam Drama Adiwira ‘Bad And Crazy’

Semakin banyak membintangi drama dan filem sejak kebelakangan ini, Wi Ha-joon disahkan bakal menyertai Lee Dong-wook dalam drama tvN “Bad And Crazy”.

Siri adiwira ini mengisahkan protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia berubah menjadi adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan menggunakan persona misteri iaitu ‘K’.

Lee Dong-wook dikhabarkan bakal membawa watak Soo-yeol, seorang detektif senior yang materialistik yang tunduk kepada kekayaan manakala Han Ji-eun pula sebagai Hee-gyeom, seorang leftenan di pasukan siasatan narkotik yang berasal daripada keluarga kaya dengan pendidikan bagus.tvn bad and crazyWi Ha-joon pula disahkan menjadi ‘K’, persona berganda yang dimiliki Soo-yeol. Dia merupakan seorang yang mementingkan keadilan dan akan membanteras kejahatan dengan kekuatannya. Dia berimpian menjadi hero terakhir abad ini dan menjadi lampu kepada dunia yang dipenuhi banyak kesalahan.

Teruja tak nak tonton “Bad And Crazy”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...