Ikuti Kami:

Wi Hajoon Dilamar Terajui ‘Little Women’ Bersama Kim Goeun & Nam Jihyun

Wi Hajoon Dilamar Terajui ‘Little Women’ Bersama Kim Goeun & Nam Jihyun

Selepas popular dengan “Squid Game”, nampaknya Wi Ha-joon menerima banyak tawaran lakonan. Antaranya ialah drama “Little Women”.

Malah agensinya turut mengesahkan lelaki itu ada menerima tawaran tersebut dan sedang menelitinya kini.

“Little Women” membawa kisah persahabatan tiga adik-beradik dan perhubungan di antara mereka. Khabarnya Kim Go-eun akan membawa watak kakak sulung manakala anak kedua dimainkan oleh Nam Ji-hyun. Watak adik bongsu masih lagi sedang dibincangkan.

little women

Drama ini mendapat perhatian ramai kerana ianya bakal diarahkan oleh Kim Hee-won yang popular dengan drama seperti “Money Floer”, “The Crowned Clown” dan “Vincenzo”. Bahkan Syudio Dragon bertugas untuk produksi dan ianya akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini.

Dalam pada itu, Wi Ha-joon disahkan bakal berlakon bersama Lee Dong-wook dalam drama “Bad And Crazy” nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...