Ikuti Kami:

‘When The Camellia Blooms’ Kekal Popular Lepas Setahun Tayangan, Bolot 3 Anugerah Di ’47th Korean Broadcasting Awards’

‘When The Camellia Blooms’ Kekal Popular Lepas Setahun Tayangan, Bolot 3 Anugerah Di ’47th Korean Broadcasting Awards’

Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda, ‘Anugerah Penyiaran Korea’ telah pun mengadakan acara tahunannya yang ke-47 tanpa sebarang kontak rapat dan dirakamkan terlebih awal sebelum ditayangkan.

Meskipun sudah hampir setahun ditayangkan, tetapi drama “When The Camellia Blooms” terus menerima penghargaan yang selayaknya. Malah naskhah ini berjaya merebut sebanyak tiga anugerah utama semasa majlis itu berlangsung.

Antara daripada anugerah yang berjaya dibolot oleh “When The Camellia Blooms” ialah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ (Kang Ha-neul), ‘Drama TV Terbaik’ dan ‘Penulis Skrip Terbaik’. Hebat betul, tahniah!

kang haneul

Kepada sesiapa yang masih belum menonton, mungkin ini adalah isyarat untuk anda mula marathon “When The Camellia Blooms”. Sejak daripada awal tayangannya, sudah berapa banyak anugerah hebat yang berjaya dibolotnya. Jasi, sudah tentu ianya best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...