Ikuti Kami:

‘When My Love Blooms’ Tamat Dengan Rating Biasa, Penonton Pertikai Pelakon Hebat Tapi Plot Tak Menarik

‘When My Love Blooms’ Tamat Dengan Rating Biasa, Penonton Pertikai Pelakon Hebat Tapi Plot Tak Menarik

“When My Love Blooms” yang menggabungkan pelbagai nama terkenal seperti Lee Bo-young, Yoo Ji-tae dan Park Si-yeon kini sudah pun sampai ke penamatnya. Setelah 16 episod membuatkan hati penonton berdebar, mereka berpuas hati kerana disajikan dengan kesudahan bahagia.

Sinopsis ringkas

Han Jae-hyun (Yoo Ji-tae) merupakan seorang lelaki yang berusia 40-an dan dia adalah seorang ahli perniagaan yang kacak, bercita-cita tinggi dan kaya. Walaupun nampak gah, dia sebenarnya merupakan seorang yang sering melakukan protes semasa masih lagi pelajar pada usia 20-an. Pada ketika itu, hatinya dipunyai oleh seorang wanita bernama Yoon Ji-soo (Lee Bo-young) dan selepas beberapa dekad, lelaki itu berjumpa kembali dengan cinta pertamanya itu.

episod akhir when my love blooms

Pengakhiran yang berbunga

Meskipun pasangan tersebut menghadapi kesukaran dalam mempertahankan hubungan mereka daripada ‘serangan’ isteri Jae-hyun dan juga penglibatan lelaki itu dalam perkara jahat, semuanya menemui jalan penyelesaian pada episod akhirnya.

Jae-hyun yang sering berperang dengan moral dirinya memilih untuk kembali pada pegangannya dalam menegakkan keadilan seperti zaman mudanya dan meletak jawatan daripada syarikat tersebut.

Meskipun Jang Seo-kyung (Park Si-yeon) bermatian tidak mahu menceraikan Jae-hyun namun akhirnya dia mengalah dan menandatangani surat penceraian mereka. Pun begitu, dia meminta hak penjagaan kepada anak lelaki mereka dan terus memilih untuk tinggal di luar negara.

Ji-soo dan Jae-hyun pula mengikat hubungan cinta mereka dengan janji sehidup semati apabila lelaki itu melamar cinta pertamanya tersebut dengan sepasang cincin. Penonton nyata gembira dengan penyatuan dua hati yang sudah melalui segala jatuh bangun ini.

episod akhir when my love blooms

Penonton kritik jalan cerita bosan

Penonton walaubagaimanapun mempersoalkan perkembangan “When My Love Blooms” yang agak lambat dan babak yang asyik berulang, contohnya apabila Seo-kyung yang kerap menggunakan muslihat jahat bagi memisahkan Jae-hyun dan Ji-soo. Mungkin disebabkan itu, rating naskhah ini hanya berlegar-legar di antara 4% ke 5% sahaja sepanjang tayangannya.

Sayang sebab “When My Love Blooms” dibarisi oleh pelakon hebat seperti Yoo Ji-tae, Lee Bo-young, Park Si-yeon, Jadi ramai yang berasa rugi kerana lakonan mereka seperti dibazirkan dengan naskhah seperti ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...