Ikuti Kami:

‘When I Was The Most Beautiful’ Mula Dengan Rating Biasa, Penonton Persoal Babak Bulan ‘Besar’ Tak Masuk Akal

‘When I Was The Most Beautiful’ Mula Dengan Rating Biasa, Penonton Persoal Babak Bulan ‘Besar’ Tak Masuk Akal

Meskipun menerima sedikit kritikan sebelum tayangannya lagi dek plot yang nampak tidak sensitif, namun drama “When I Was The Most Beautiful” berjaya menemui penonton dengan jayanya.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah Oh Ye-ji (Im Soo-hyang) iaitu seorang wanita yang naif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia hanya mengimpikan kebahagiaan yang picisan sebagai seorang pereka seramik namun tanpa sengaja telah terperangkap di antara cinta dua adik-beradik lelaki iaitu Seo-hwan (Jisoo) yang menyintainya sejak wanita itu menjadi guru ganti di sekolahnya lagi dan Seo-jin (Ha Seok-jin), seorang pelumba kereta yang pendiam namun akan dapatkan segala yang dihajatinya.

episod awal when i was the most beautiful

Pengenalan kepada watak

Episod awal ini menyaksikan setiap karakter utama dikupas mengenai personaiti mereka selain hubungan yang mengaitkan antara mereka. Bahkan hubungan di antara adik-beradik iaitu Seo-hwan dan Seo-jin yang akrab berjaya membuatkan penonton tersenyum melihat mereka.

Malahan pengenalan kepada saat kedua adik-beradik itu jatuh cinta dengan Ye-ji juga dijelaskan dengan baik sekali membuatkan para penonton sedar kenapa rupa dan personaliti wanita itu mampu membuatkan jantung kedua mereka berdetak.

episod awal when i was the most beautiful

Momen tak masuk akal “When I Was The Most Beautiful”

[Amaran SPOILER]

Pun begitu, terdapat satu babak yang sepertinya kurang masuk akal telah ditayangkan semasa episod kedua drama ini. Ye-ji sebenarnya mempunyai masalah keluarga yang berat, disebabkan itu Se-jin telah mengajaknya meluangkan masa di persisiran pantai bagi membuang perasaan kusut wanita itu.

episod awal when i was the most beautiful

Yang kelakarnya apabila bulan yang menghiasi langit pada hari itu kelihatan sangat besar sampaikan penonton menganga kerana tidak sangka. Bahkan apabila Seo-jin mengangkat Ye-ji selepas dia masuk ke dalam air untuk mendekati bulan tersebut, ia kelihatan makin besar sehingga nampak macam taj masuk akal.

episod awal when i was the most beautiful

Adakah ia penghujung dunia?

 

Apa hal dengan bulan tersebut, saya tak pasti sama ada mereka berada di bumi?

 

Yang pasti, itu adalah bulan terbesar yang saya pernah lihat sepanjang hidup saya!

 

Entah-entah, pelakon wanita sedang bermimpi daripada kereta tersebut…

Mungkin kerana ini dan juga plot yang masih lagi belum memasuki konflik utama, “When I Was The Most Beautiful” hanya meraih rating yang biasa sahaja iaitu 2.4% dan 2.9% untuk episod pertama manakala 2.0% dan 2.4% untuk episod keduanya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan cerita ini pada episod akan datang, harap tiada lagi babak yang mengelirukan. Bagi penonton Malaysia pula, anda boleh saksikan drama ini bermula 20 Ogos, Khamis menerusi saluran Oh!K (Astro saluran 394) pada jam 7.40 malam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...