Ikuti Kami:

Wendy RED VELVET & Son Taejin Bakal Rilis Lagu Duet Bersama

Wendy RED VELVET & Son Taejin Bakal Rilis Lagu Duet Bersama

Pada 21 Oktober, Mystic Story, iaitu agensi kepada penyanyi Son Tae-jin telah mengumumkan bahawa penyanyi tersebut bakal mengeluarkan lagu duet bersama Wendy dari kumpulan RED VELVET.

Son Tae-jin telah berkongsi berita ini sehari sebelumnya di pesta ulang tahun Ontact secara langsung.

Son Tae-jin telah membuat penampilan sulung sebagai penyanyi solo menerusi single “Sleep My Love” pada tahun 2018 sebagai ahli FORTE DI QUATTRO, iaitu pasukan pemenang JTBC “Phantom Singer” pada tahun 2016.

son taejin

Sejak itu, dia secara aktif mempromosikan sebagai penyanyi vokalis dan opera melalui konsert solo dan pertunjukan muzik.

Lagu kolaborasi Son Tae-jin dan Wendy akan dikeluarkan di laman muzik utama pada 29 Oktober ini jam 5 petang.

Tak sabarnya nak dengar gabungan dua suara ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...