Ikuti Kami:

Wendy Red Velvet Cedera Parah Akibat Kecuaian Staf SBS, Pihak Polis Mulakan Siasatan

Wendy Red Velvet Cedera Parah Akibat Kecuaian Staf SBS, Pihak Polis Mulakan Siasatan

Menjadi artis ini sebenarnya adalah pekerjaan yang agak susah juga. Meskipun nampak glamor tapi tak sangka disebaliknya, mereka semua turut melalui masa yang sukar. Ingat tak kejadian malang yang menimpa Wendy daripada kumpulan Red Velvet baru-baru ini? Di mana dia telah jatuh daripada platform setinggi 2.5 meter kerana kecuaian staf “2019 SBS Music Festival” sehingga menyebabkan dia patah pinggul, pergelangan tangan dan pipi. Seram!

Seperti yang dilaporkan, salah seorang staf pada ketika itu meminta gadis tersebut menuruni tangga daripada platform tersebut walhal tangga tersebut maish belum diletakkan lagi di tempat yang sepatutnya. Akibat persekitaran yang gelap, Wendy melangkah turun namun terus jatuh ke pentas bawah sehingga menyebabkan kecederaan teruk itu. Dia langsung dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas itu dan terpaksa menerima rawatan rapi bagi memulihkan kecederaan serius tersebut.

wendy cedera teruk

Habis musnah jadual seninya sehinggakan dia terpaksa menarik diri daripada pelbagai persembahan bersama Red Velvet selain turut terpaksa menggundurkan diri daripada konsert jelajah kumpulan tersebut iaitu “La Rouge” di Jepun. Kesiannya!

Rata-rata peminat meluahkan rasa marah kerana pihak stesen televisyen SBS seperti tidak mengendahkan insiden tersebut meskipun ia berpunca daripada mereka. Permohonan maaf pun hanya dibuat selepas beberapa hari Wendy dimasukkan ke hospital, itu pun selepas ramai peminat yang ‘menyerang’ mereka dan meminta kenyataan rasmi. SBS menjelaskan mereka sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengnal pasti punca sebenar disebalik kemalangan Wendy itu.

wendy red velvet

Disebabkan Pejabat SBS Daerah Guro yang menganjurkan “2019 SBS Music Festival”, berkemungkinan besar mereka telah menyalahi ‘Pelan Persediaan Untuk Kemalangan’ semasa menyediakan pentas untuk festival tersebut. Pihak polis juga dikhabarkan sedang menyiasat SBS atas tuduhan ‘kecuaian sehingga menyebabkan kecederaan badan yang teruk’ dan jika bersalah, individu tersebut boleh dipenjarakan sehingga 30 hari atau pun perlu membayar denda.

Harapnya siasatan ini akan dijalankan dengan telus. Keadilan buat Wendy!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...