Ikuti Kami:

Watak Yoon Jonghoon Dikhabarkan Bakal Bertukar Lebih ‘Gelap’ Dalam ‘The Penthouse 2’

Watak Yoon Jonghoon Dikhabarkan Bakal Bertukar Lebih ‘Gelap’ Dalam ‘The Penthouse 2’

Meskipun hanya berdiri di antara pelbagai watak utama, namun ramai yang turut menyokong Doktor Ha Yoon-cheol dalam drama popular “The Penthouse”.

Dilakonkan oleh Yoon Jong-hoon, suami kepada Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) ini berdiri di antara garisan watak antagonis dan protagonis. Meskipun turut terlibat dalam membuang mayat Min Seol-ah dan mengumpul dana melalui lorong haram, namun melihatkan dia ditikam belakang oleh isteri sendiri membuatkan penonton tak sabar menyaksikan dia membalas dendam. Malah dia turut mementingkan kesihatan dan kewarasan anaknya, Ha Eun-byul (Choi Ye-bin) daripada ‘penderaan emosi’ Cheon Seo-jin.

Bukan itu sahaja, emosi lelaki itu mula memuncak apabila dia mengetahui tentang kecurangan isterinya selain dia turut dibuang daripada posisi tertinggi di Hospital Cheong Ah atas kejahatan Cheon Seo-jin.

yoon jonghoon the penthouse

Nampaknya, emosi marah tersebut akan dibawa oleh watak Ha Yoon-cheol dalam musim kedua drama ini nanti. Katanya, musim terbaru ini akan menekankan aura gelap yang mengelilingi lelaki tersebut. Dengan pandangan mata yang tajam, dia menonjolkan perwatakan dingin hingga membuatkan dia kelihatan tidak akan berganjak daripada keputusannya.

Kata pihak produksi,

Yoon Jong-hoon mencipta sendiri watak Ha Yoon-cheol dengan perwatakan ketaranya selain kelahiran lakonan yang stabil. Jangan lupa untuk tonton jalan yang berbelit dan berpintal yang bakal menanti lelaki ini dalam ‘The Penthouse 2’.

Jadi, jangan lupa untuk tonton “The Penthouse” yang akan bersiaran pada 19 Februari nanti tahu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...